Cara-Cara Belajar Yang Betul Dan Efisien Serta Bermanfaat

Cara-Cara Belajar Yang Betul Dan Efisien Serta Bermanfaat

    Topik ini membincangkan tentang cara-cara belajar yang betul dan sangat bermanfaat bagi semua pelajar yang mahu berjaya dalam semua bidang pelajaran.Sebenarnya dalam pembelajaran yang betul ada banyak cara,akan tetapi segelintir orang orang tak tahu cara menggunakan kaedah belajar yang betul dan efisienUntuk berjaya,kita kena ingat dalam hati bahawa niat kita adalah untuk mengubah masa depan kita dan keluarga kita.Dalam segelintir orang ada juga yang setiap harinya belajar sampai tiada waktu luang untuk bersukan dan sebagainya kerana keinginan seseorang itu untuk berjaya.sebenarnya,ada juga orang yang kuat belajar,akan tetapi dia tak faham apa pun yang dia belajar dan selalu sahaja gagal dalam ujian mahupun peperiksaan.agak-agaknya kenapa?.jadi dalam topik ini saya akan beri sepenuhnya pengalaman dan inspirasi saya kepada anda supaya anda cemerlang dalam semua pembelajaran. Jadi mahu tidak mahu kita kena belajar rajin-rajin supaya hidup kita akan cerah di masa akan datang.

 Jadi saya akan membahaskan cara-cara yang betul buat anda yang teringin bagaimana caranya  untuk belajar yang betul mengikut pengalaman saya dan rakan-rakan saya

1.Melakukan pembelajaran dalam keadaan yang tenang dan mood yang baik

-hal ini kerana,bila kita dalam keadaan tenang dan mood yang baik otak kita akan dapat menerima apa yang kita belajar dan mengelak terganggunya fikiran kita bila kita dalam keadaan yang stress,marah,gelisah dan sebagainya.Sentiasa Ingat dalam belajar,buat diri dalam mood ingin belajar dan jangan terpaksa.kedua,dalam belajar mesti kita akan rasa mengantuk,jadi anda perlu menyediakan minuman yang menghilangkan mengantuk anda seperti nescafe dan air mineral.


2.Belajar ikut perjam per hari

-caranya ialah setiap apa yang kita belajar itu kena set kan masa.Contohnya,matematik(1 jam atau lebih), bahasa melayu(1 jam)bagi yang susah faham subjek ini biarpun bahasa melayu buatlah lebih jam sikit dalam anggaran 1 jam 45 minit, (pendidikan agama islam(1 jam lebih).Bagi pendapat rakan-rakan saya,mereka belajar dalam sehari 4 jam sehari tak merangkumi semua subjek yang di belajar,keesokannya belajar subjek lain.Dalam pembelajaran tiada paksaan,akan tetapi untuk berjaya kena belajar,itulah prinsipnya


3.Belajar melalui cara belajar kaedah yang lain

-Maksud di atas ialah,selain belajar dengan menggunakan buku dan duduk di atas meja.Alasanya ialah pelajar-pelajar kadang-kadang malas belajar dalam keadaan sedemikian dan tertidur sebab bosan atau tidak minat.Oleh itu ada pelbagai cara dalam melakukan pembelajaran.Contohnya:

a)belajar di komputer anda.
Zaman sekarang banyak cara canggih untuk belajar.Belajar di komputer adalah cara menarik mood anda untuk belajar.Kamu hanya perlu menaip di internet apa subjek yang kamu inginkan dan secara automatik subjek yang kamu nak akan keluar di skrin depan komputer kamu.Ini adalah cara yang senang untuk belajar sebabnya bermain komputer kita boleh Baring-baring dan sebagainya,mengikut keselesaan anda.

b)Belajar di tempat yang kamu inginkan

-Seperti yang tertulis di atas,sebenarnya kita tak perlu belajar hanya di rumah sahaja.akan tetapi,belajar di mana-mana pun boleh mengikut keselesaan dan mood anda,contoh tempat yang saya maksudkan seperti Pantai,di luar rumah,perpusatakaan,di surau dan sebagainya.Jadi untuk belajar tak perlu di rumah sahaja itu akan membosankan bagi anda,tapi tidak semua orang yang bosan belajar di rumah,sebab ada juga orang suka belajar di rumah kerana kebiasaan seseorang.Jadi tak perlu ikut rakan-rakan,ikutilah cara sendiri.


     Nasihat saya,belajarlah ikut kemahuan anda dan jangan jadikan diri anda malas belajar.Malas ini bukan di maksudkan dengan belajar sahaja,contoh malas bekerja,malas membersihkan diri,malas yang di suruh oleh orang tua dan sebagainya.paling penting jangan lupa berdoa dan memohon keberkatan dari Allah.Kerana orang islam tanda kejayaan terletak pada patuhnya perintah allah dan sentiasa bermohon pertolongan daripadanya dan paling penting jangan lupa belajar itulah kuncinya.



SEMOGA BERJAYA

Oldest