5 Cara mencegah diri daripada penyakit

5 Cara mencegah diri daripada penyakit yang wajib dilakukan


5 Cara mencegah diri daripada penyakit

   Di dunia ini sudah sangat terkenal dengan wabak penyakit,bahkan ada juga penyakit yang boleh mengambil nyawa seseorang.Selain itu juga,muncul wabak-wabak penyakit yang berbahaya.Contoh penyakit yang berbahaya seperti flu babi,flu burung,H1N1,tumor otak dan sebagainya.Sekiranya penyakit merebak ke dalam sel-sel tubuh badan anda,ini menyebabkan seseorang itu akan menghadapi kesulitan untuk terus hidup,malah nyawa akan terancam.Akan tetapi,bagi yang belum terkena penyakit yang berbahaya ini,anda jangan risau kerana kita dapat mencegahnya dengan beberapa cara.Terkadang segelintir manusia tidak akan ambil peduli hal sebegini,kerana adanya berbagai-bagai alasan,seperti,sibuk,malas dan menggangap remeh akan penyakit ini.Jadi,ikutilah tips atau langkah-langkah yang saya berikan ini untuk mencegah penyakit daripada merebak kepada anda.




1)Menyediakan topeng muka ketika hendak pergi ke mana-mana
-Pasti ramai yang mengetahui tentang kepentingan penutup muka.Ya!pastinya dapat menghindari daripada asap kenderaan,batuk tempias,penyakit berjangkit dan sebagainya.Sebenarnya ada banyak lagi kegunaannya.Saya pasti anda sudah mengetahuinta.Akan tetapi masih ramai lagi di luar sana yang belum tahu fungsinya.Jadi pastikan anda menggunakan topeng muka sekiranya anda hendak ke mana-mana.


2)Pastikan anda memeriksa tarikh luput makanan anda

-Pasti anda tertanya-tanya kaitannya dengan terjadinya penyakit.Pada pendapat saya, ini adalah langkah terbaik untuk mencegah diri daripada terkena penyakit,kerana makanan yang telah tamat tarikh luputnya akan munculnya bakteria dalam makanan tersebut dan sekiranya anda memakan makanan yang tamat tarikh luputnya, bakteria akan masuk ke dalam badan anda dan akan menyebabkan terganggunya bahagian sel-sel dalam tubuh badan.Oleh itu,munculnya penyakit yang tidak diingini dan boleh merosak tubuh anda.


3)membasuh tangan sebelum makan
-sering kali kita dengar di tv tentang membasuh tangan sebelum makan ini.Saya pasti ramai rakyat malaysia yang sudah mengetahuinya bahkan seluruh negara sudah mengetahuinya.Akan tetapi,orang zaman sekarang tidak mempedulikan tentang budaya amalkan membasuh tangan sebelum makan.Nasihat saya,anda jangan ambil remeh tentang perkara ini kerana kuman dan bakteria di tangan anda itu yang menyebabkan kamu terkena penyakit.Jadi,tolong jangan abaikan kepentingan yang baik ini.Kerana nyawa adalah penting  dan menyesal di kemudian hari itu tidak ada gunanya.


4)sering berjumpa dengan pakar kesihatan

-pakar kesihatan di dunia ini ada banyak dan setiap negara mempunyai kemudahan seperti hospital dan klinik .Kemudahan ini telah di sediakan untuk membantu anda yang mengalami kesakitan ataupun terkena penyakit.Perbanyakkanlah berjumpa dengan doktor unutuk memeriksa tubuh badan anda bagi mengelakkan terkena penyakit.hal ini kerana,sekiranya anda terkena penyakit, doktor dapat memeriksa tempoh penyakit anda bahawa ianya sudah lama atau masih baharu.Sekiranya penyakit anda sudah lama terbiar ,mungkin kesempatan anda unutuk sembuh akan sukar.


5)Melakukan senaman secara rutin

-Senaman merupakan hal penting kepada kita,kerana ia bukan sahaja dapat menyehatkan tubuh badan kita,bahkan dapat melawan kuman atau bakteria dalam tubuh kita.Hal ini kerana,bersenam dapat menghangatkan tubuh kita dan dapat melancarkan sel-sel dalam badan kita.Jadi,amalkanlah senaman secara rutin untuk kepetingan kita sendiri dan jangan biarkan tubuh kita lemah dan senang terkena penyakit.






                   Semoga Bermanfaat!!!  
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Click here for ulasan
Tanpa Nama
admin
21 Mac 2022 pada 8:45 PTG ×

5 Cara Mencegah Diri Daripada Penyakit ~ Pembelajaran,Media Sosial Dan Tutorial >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

5 Cara Mencegah Diri Daripada Penyakit ~ Pembelajaran,Media Sosial Dan Tutorial >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

5 Cara Mencegah Diri Daripada Penyakit ~ Pembelajaran,Media Sosial Dan Tutorial >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Congrats bro Tanpa Nama you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar