"Jangan Upload gambar anak ke Media Sosial Dengan Sesuka hati (Ini 3 Sebabnya.....)"
Bagi orang tua pasti sangat membangakan apabila menyebarkan gambar anak mereka yang lucu dan comel ke media sosial seperti facebook,instagram dan lain-lain.
namun, untuk pengetahuan para ibu bapa,dengan berbuat sedemikian sebenarnya memberikan kesan yang bahaya kepada anak-anak.Terutama yang tinggal di kawasan bandar dan jangan meremehkan bahagian pendalaman seperti kampung-kampung.Ini ialah beberapa sebab yang perlu diketahui oleh ibu bapa:
1)Jangan Upload Foto Bersama Anak Orang Lain
Kebanyakan orang atau ibu bapa mengupload foto anak mereka bersama anak orang lain lalu di sebarkan ke media sosial.Sebaiknya minta izin dulu dengan ibu bapa anak tersebut kerana mereka pasti sedikit terkejut dan mungkin ibu bapa anak tersebut risau sekiranya di sebarkan ke media sosial.hal ini kerana,jenayah zaman sekarang makin berleluasa dan makin terancang serta bijak dilakukan bahkan di media sosial pun jenayah tersebut boleh berlaku dengan mendapatkan informasi tempat tinggal dan mensasarkan tempat tersebut.
2)Jangan Upload Ketika Anak Memakai seragam sekolah dan Lokasi
3)Semasa Pergi Bersiar-siar
Ketika pergi bersiar-siar atau berjalan-jalan jangan upload foto bahawa kita sedang jalan-jalan dan akan menuju ke suatu tempat,Berkemungkinan saja,penculiknya sudah menunggu di sana dan menunggu waktu sesuai untuk anak bersendirian sekejap untuk bermain dan melakukan rancangan penculikan.
Jadi nasihat saya,jagalah anak anda sebaik mungkin dan pantau kegiatan mereka setiap hari.Jangan biarkan anak anda bersendirian di suatu tempat kerana zaman sekarang jenayah penculikan semakin berleluasa di malaysia maupun di seluruh dunia.
(Semoga bermanfaat bagi anda dan para ibu bapa)
1 ulasan:
Click here for ulasanNo more live link in this comments field
ConversionConversion EmoticonEmoticon